Anatomi rusuk Sangkar rusuk manusia

Cabang rusuk.

Semua rusuk berpaut pada belakang vertebra torasik.

Tujuh rusuk atas rusuk benar (costae verae, rusuk vertebrosternal, I-VII) akan berpaut pada kepala sternum bermaksud kartilej sisi. Berikutan kemampuan elastiknya mereka boleh bergerak ketika menarik nafas dan menghembus nafas.

Cabang rusuk nombor 8, 9, dan 10 digelar rusuk salah (costae spuriae, rusuk vertebrokondral, VIII-X), dan berpaut pada kartilej sisi dibahagian rusuk atas.[petikan diperlukan]

Bagi cabang rusuk 11 dan 12 dikenali sebagai rusuk terapung (costae fluitantes, rusuk vertebral, XI-XII), kerana mereka tidak mempunyai hubungan anterior dengan sternum.

Ruang antara rusuk dengan rusuk dikenali sebagai ruang interckostal; ia mengandungi otot interkostal, saraf dan arteri darah.

Bahagian rusuk manusia:


Bilangan cabang rusuk

Jumlah bilangan cabang rusuk telah dicatatkan oleh ahli anatomi Flemish iaitu Vesalius dalam kerja kuncinya berkenaan dengan anatomi De humani corporis fabrica pada tahun 1543, dimana penemuannya tu telah mencetuskan gelombang kontroversi yang besar, berdasarkan catatan biblikal berkenaan kisah Adam dan Hawa, wanita diciptakan dari tulang rusuk kiri lelaki, sekaligus menyifatkan lelaki mempunyai satu cabang tulang rusuk yang hilang berbanding wanita, atau lebih tepat lelaki mempunyai 23 cabang rusuk, dan wanita ada 24 cabang rusuk. Namun dalam penemuan Vesalius, kedua-dua jantina biasanya mempunyai jumlah cabang rusuk yang sama iaitu 24 cabang rusuk.[1] Variasi bilangan cabang rusuk telah pernah terjadi. Namun nisbahnya 1 dalam 200-500 orang sahaja yang mempunyai tambahan rusuk servikal, dan biasanya wanita mendominasinya.[2] Intratorasik rusuk supernumerari biasanya jarang berlaku.[3]